Kumpulan berasal dari gopeng Perak ini ditubuhkan pada tahun 1988 dianggotai oleh Akhil Hayy sebagai lead vocal, Jeffry sebagai guitarist, Eman sebagai Pemain Bass, dan EE sebagai drummer.
Akhil Hayy yang kini Ustaz Akhil Hayy Rawa (Respek sama lu Bro!!) dipercayai perintis kumpulan ni. Beliau dengar khabarnye berasal dari golongan berada dan mempunyai latar belakang agama yang kuat. Dengar ceritanya arwah ayah sayang sangat kat Akhil Hayy ni, melihat anaknye minat sangat dengan muzik beliau pun belikan complete jamming set untuk Akhil Hayy. Bermula dari situ lah Akhil Hayy bergiat secara serius dalam dunia muzik (aku dengar dari member aku la…).
D’Riyadh bermula sebagai band kenduri kawin dan mula berhijrah ke
Di bawah bimbingan otai roker yang disegani Saudara Ali bakar, kumpulan ini sempat melahirkan tiga buah album, Hikayat Rock (1988), Pancakara dia Cakerawala (1989) dan Media 88/89 (1990). Aku ada album ke-3 diorang je. Sesiapa ada album first dan second tolonglah up
Pada tahun 1991 kumpulan D’Riyadh berpecah, mungkin sebab kurang mendapat sambutan sebab aku sendiri tak penah denga lagu diorang masa aku kecik he he. Walaubagaimanapun aku pecaya kumpulan ni ada peminat diorang sendiri. Selepas kumpulannye berpecah, Akhill Hayy balik kampung kat Gopeng dan dibawa oleh arwah bapanye ke Sumatera Barat mempelajari ilmu agama di Madrasah Mustafawiah. Masa dia tengah belajar ni lah bapa beliau meninggal rasanye (kalau salah tolong betulkan, ni aku dengar dari orang).
Balik dari Sumatera Barat, Akhil Hayy terus pergi menunaikan Haji pada tahun 90-an. Akhil Hayy kemudiannye bekerja di Pusat Pembangunan Keluarga di Ipoh di samping banyak mengajar Al-Quran dan memberi ceramah-ceramah berkaitan agama. Mungkin disebabkan latar belakang Akhil Hayy yang berasal dari penyanyi rock berubah menjadi ustaz, menarik ramai orang untuk datang mendengar ceramah beliau. Semakin hari Akhil Hayy semakin popular, lebih popular dari semasa beliau menganggotai kumpulan D’Riyadh. Ustaz yang dulunya penyanyi rock. Kaset- kaset ceramah beliau laku di pasaran tanpa risau isu cetak rompak. Mungkin lebih laku dari album D’Riyadh (tak tau, tak ada fakta). Tahun 1999 beliau mengerjakan haji kali ke-2.
Memandangkan cerita D’Riyadh dah jadi cerita Akhil Hayy, maka aku teruskan je lah cerita lebih lanjut pasal Akhil Hayy. Beliau telah berkahwin pada tahun 90-an dengan peminat D’riyadh bernama Maizawati Zainal dan dikurniakan 3 orang anak Diana Sopia, Siti Nur Maisarah dan Mohd. Shariff Hidayatullah.
Kata akhil, “PLANET saya dulu, nauzubillah. Disko, perempuan dan ya, semua jenis maksiat seperti itu berlarutan selama enam tahun. Rocklah katakan. Semoga Tuhan mengampunkan dosa saya,” akui Ustaz Akhil Hayy yang dulu hidup berpaksikan gelombang rock seperti kumpulan Poison dan Loudness tanpa selindung sambil memohon ampun beberapa kali.
Namun, segala kemungkaran itu sudah tidak lagi melingkarinya selepas lelah menanti hasil menjadi anak seni yang tidak ke mana selain kerap bermimpi soal kematian. Dan harapan bekas vokalis kumpulan rock terkenal tahun 80-an, D’Riyadh ini, semoga Tuhan tidak mencabut imannya sehingga akhir hayat.
Pada usia 39 tahun, dia yang sudah dua kali menunaikan haji berasa masih baru menjalani transformasi kehidupannya. Baru masuk usia 14 tahun, katanya yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan selepas membawa diri ke Indonesia. Itu semua berkat pujukan arwah ayah, Haji Abdul Hai, sekitar tahun 1994 yang banyak membimbing dirinya daripada terus hanyut bersama syaitan.
Akil yang pernah digelar jalang jantan kerana dunia maksiatnya dahulu, tidak sukar untuk kembali ke sisi Tuhan yang telah melimpahkan sinar baru dalam kehidupannya. Apatah lagi dipermudahkan keluarga yang tidak putus memberi sokongan.
Akhil mendalami ilmu agama di Madrasah Al Mustaufiwiyyah di Sumatera Barat pada usia mencecah 26 tahun. Di situ, dia ‘mencuci diri’, kembali mengaji dan akhirnya selepas kerap berulang alik dari Malaysia ke madrasah ini untuk tujuan tersebut, akui Akhil, akhirnya dia berjaya menimba ilmu akhirat.
“Alhamdulillah, hari ini, saya dapat berkongsi ilmu saya bersama orang ramai melalui dakwah saya. Dan biar sudah menukar paksi kehidupan, saya masih mendengar muzik rock dan melepak dengan remaja yang menjadikan rock sebagai paksi hidup mereka.
“Saya nak tahu apa yang mereka cari dalam kehidupan,” ujarnya yang berkata penghijrahan bukan satu transformasi yang boleh dibuat-buat.
Katanya yang bakal muncul dengan album Nasyid Legenda 11 sambil memanjatkan syukur: “Tiada jalan pintas untuk berhijrah. Sebaliknya inilah senjata Allah kepada sesiapa sahaja yang mahu Dia berikan. Senjata itu adalah taufik dan hidayah. Dan gunalah ia sebaik mungkin kerana ia tidak akan berlaku dua kali.”
Dari wikipidea pula ada mengatakan Akhil Hayy Rawa atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy adalah seorang pendakwah bebas dan penyanyi di Malaysia. Beliau berketurunan Rawa dan dilahirkan di Gopeng, Perak.
Labels: KENANGAN ROCK D RIYADH
2 comments:
assalamualaikum...
saya berminat nak menjemput ustaz akhil hayy ke majlis konvokesyen UTeM melaka pada ogos depan...
bagaimana caranya?
Best online casino site for you - ChoGiocasino
Top 인카지노 5 Best Online Casinos for 카지노 you If you are new to the casino, you should งานออนไลน์ definitely consider joining ChoGiocasino.
Post a Comment